Posts

Showing posts from September, 2012

LAPANG sebelum SEMPIT

Image
"Ingat lima perkara sebelum lima perkara"
Kita seringkali menyebut dan mengulang perkataan tersebut, malah  ia dijadikan lagu oleh kumpulan  nasyid tanah air kita-Raihan. Namun adakah kita faham dalam erti kata yang sebenar apakah yang ingin disampaikan ?di sini saya hanya ingin mengulas satu daripada lima perkara tersebut - lapang sebelum sempit. menurut definisi kita apakah yang telah kita faham lapang sebelum sempit? adakah lapang sebelum sempit itu memberi makna ruang?ruang lapang dan ruang sempit?bilik lapang dan bilik sempit? Jentik akal fikir sendiri. Setiap orang dikurniakan akal untuk berfikir.
Setiap orang ada pandangan dan tafsirannya yang tersendiri, dan saya tidak tahu mungkin ada yang menafsirnya dengan makna kata lain. Namun bagi diri saya yang cuma sejengkal ilmunya, saya berpendapat bahawa itu adalah masa. Ya, lapang sebelum sempit itu adalah masa dan waktu yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya. Kita semua diberi masa yang sama, 24/7 tidak ada yang kura…