LAPANG sebelum SEMPIT




"Ingat lima perkara sebelum lima perkara"

Kita seringkali menyebut dan mengulang perkataan tersebut, malah  ia dijadikan lagu oleh kumpulan  nasyid tanah air kita-Raihan. Namun adakah kita faham dalam erti kata yang sebenar apakah yang ingin disampaikan ?di sini saya hanya ingin mengulas satu daripada lima perkara tersebut - lapang sebelum sempit. menurut definisi kita apakah yang telah kita faham lapang sebelum sempit? adakah lapang sebelum sempit itu memberi makna ruang?ruang lapang dan ruang sempit?bilik lapang dan bilik sempit? Jentik akal fikir sendiri. Setiap orang dikurniakan akal untuk berfikir.

Setiap orang ada pandangan dan tafsirannya yang tersendiri, dan saya tidak tahu mungkin ada yang menafsirnya dengan makna kata lain. Namun bagi diri saya yang cuma sejengkal ilmunya, saya berpendapat bahawa itu adalah masa. Ya, lapang sebelum sempit itu adalah masa dan waktu yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya. Kita semua diberi masa yang sama, 24/7 tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih. Allah telah memberi masa yang adil bagi semua hambanya sama ada yang beriman ataupun tidak.  

Persoalannya disini, adakah kita bersyukur dengan masa dan waktu yang telah Allah kurniakan kepada kita?Dan yang paling penting bagaimana kita menggunakan masa yang telah Alllah kurniakan? Anda tidak tahu? Cuba teliti balik aktiviti harian kita daripada buka mata sampailah tutup mata semula. Adakah kita telah menggunakan masa dengan sebaiknya?Fikir dan muhasabah diri. Setiap daripada masa kita adalah berharga. Jangan disiakan waktu lapang kita dengan facebook,twitter, k-pop dan sebagainya. 

"Habis tu bila masa nk berhibur?"

"Bile masa nk chatting dengan kawan-kawan?"

"Takkan tak boleh langsung dia ni?"


Oh yeahh, saya bukan cakap tidak boleh langsung malah saya tidak layak untuk memperkatakan ini tidak boleh dan itu boleh tapi cuba tengok sekeliling. cuba tengok dan cuba fikir. Hari-hari kita telah dibazirkan dengan perkara yang sia-sia. Bagi saya tidak salah untuk berhibur tapi asalkan kita tidak lalai dan tidak lupa. kita tak lupa pada pencipta kita, kita tak lupa pada tanggungjawab kita, kita tak lupa pada tugasan kita. 

Hakikat sebenar, kebanyakkan daripada kita telah lupa. Sebagai contoh, ramai daripada kita, esaimen punya la banyak tapi selagi esok tak kena submit selagi itu  masih nak berfoya-foya. Kita telah menggunakan masa lapang kita dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada kita. Kenapa perlu tunggu waktu sempit baru nk siapkan tugasan?kenapa mesti bertangguh kerja?atau erti kata lain kerja "last minute".
Kenapa tak bagus kerja last minute ni, pertama-mutu kerja kita kurang berkualiti, biasanya asalkan siap sahaja sudah mencukupi. betul tak? Dua, waktu sembahyang kita pun tergadai sekali ataupun sembahyang di hujung waktu. Alasan yang biasa "nak siapkan tugasan dulu".huhh..ketiga?anda sendiri lebih mengerti.

Kenapa kite suka terbalikkan peribahasa "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"? Tanpa kita sedar "bersenang-senang dahulu bersusah -susah kemudian" telah menjadi sebati dalam jiwa dan hidup kita. Di mana silap kita? Cuba semak diri. Cuba hargai masa lapang anda sebelum ia menjadi sempit.


Adakah dengan mengucapkan Alhamdulillah telah cukup untuk menunjukkan rasa syukur kita?
*renung-renungkan dan selamat beramal.

semoga kita semua tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi..amin

ps: doakan saya juga. saya dlm proses memperbaiki diri dan saya perlukan doa anda semua.. :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

al kisah imam solat