al kisah imam solat

"tim, cepat lah, jadi imam solat"

"eh, tak pelah. awak jelah la jadi imam. saya iqamat"


ini antara perbualan yang biasa berlaku antara aku dan rumetku. dia sentiasa memberi aku peluang untuk menjadi imam ketika kami hendak berjemaah bersama-sama. sebab setakat satu bilik dengan dia, asyik dia je jadi imam. tapi setiap kali tu jugak aku menolak dengan alasan aku belum bersedia. *ntah bila nak bersedia pun tak tahu -,-

sama la bila nak berjemaah dengan kawan baik aku. dia pun salu tawarkan aku untuk jadi imam. semua nak aku "berani" untuk jadi imam. aku bukan apa, ketar sikit bila nak imamkan orang yang solehah ni. kawan baik aku pengerusi badar lagi kat maktab tu. rumet aku plak budak pengajian agama. aku segan la, malu. uhuk. :(

tapi, aku salute dengan sorang kawan aku ni. walaupun dia nampak biasa-biasa. tapi dia..perghhh. dia imamkan kawan baik aku tu. imam solat isyak lagi. aku nak jadi yakin macam dia. :)
dia jadi inspirasi buat aku. thanks ana ;). ihiks

dan asar tadi untuk pertama kalinya aku jadi imam umi aku di rumah. eheh. sepanjang 22 tahun hidup baru pertama kali jadi imam umi. tu pun terketar-ketar bace doa. habis hilang rasenye ingatan. haha. darah gemuruh ni dengan mak sendiri pun dia nak datang, kelakar betul kan. 

tapi apa pun aku akan berusaha untuk jadi lebih baik. tambah ilmu supaya aku jadi lebih yakin untuk jadi imam. "Ya Allah, permudahkan segalanya bagiku supaya aku mampu menjadi imam yang baik untuk  sahabatku, keluarga dan juga anak-anak ku kelak". amin :)


p/s: bagi orang lain jadi imam mungkin bukan masalah besar bagi mereka. tapi aku, aku perlukan keyakinan dan semestinya ilmu. bukan senang jadi imam ni weyy  *peluh besar*



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

LAPANG sebelum SEMPIT